Sunday, June 7, 2009

dingin pagi buta

Aliff mengusap mata dgn tgn kanannya. Dalam betul, seolah-olah hendak terjebul keluar.. asalkan gatal hilang, cukup. Aliff buka paip air di depannya. Deras betul mengalir, meremang jugak aliff dengar arus air mengalir. Tiba2 Aliff pusing, roda ferris imaginasinya berputar kencang, membutakan pandangan layu Aliff. Matanya betul2 fokus ke aliran kencang air, makin ke dalam dan ke dalam, dalam sekali sampai seakan2 alif nampak betul partikel2 air itu, memenuhi sejenak ruang roda ferris imaginasinya yg sepertinya tak mampu save banyak barang pada hari pagi buta.
Aliff tersentak dan terukir senyuman sungging di bibir rekahnya yang tak menyentuh air sejak delapan jam yang lalu apabila raut wajah ayah dan bonda entah tiba2 muncul di sebalik partikel air imaginasinya, kelakar betul. Sungging itu bertukar jadi gelak, tak berapa kuat, tak siapa dengar, hanya Aliff sahaja. Aliff tutup mulut. meneliti setiap raut dan ukiran wajah parentsnya. Entah ap yg mereka buat, entah apa kabar, entah apa cerita. Soalan Aliff yang tak pernah mengharap jawapannya pun. Raut wajah2 itu berpusing, laju, memburam dan menghilang. Pening betul Aliff pagi buta ni. Aliff ambil Sikat gigi dan menggosok giginya yang kuning tak bergosok delapan jam lalu. Dingin betul pagi buta ni, sedingin air paip yg mencelah di ruang2 gigi Aliff

No comments:

Post a Comment